Dari Kitab Tazkiratul Mustofa:
3 Cara nak menjaga ilmu
1-Meninggalkan maksiat
Nikmat Ilmu tidak diberikan melainkan dengan meninggalkan maksiat
2-Beramal dengan ilmu
واتقوالله ويعلمكم الله
ٍSiapa yang amalkan ilmu, Allah akan ajar perkara yang tak diketahuinya....
3-Menyampaikan kepada orang lain
Kitab Jalan Penyampai kepada Kesempurnaan Rasulullah SAW
Bab : Marah dan Gembira Rasulullah
Dua sifat harus bagi manusia dan para nabi
Pipi Rasulullah akan menjadi kemerahan-merahan apabila marah
Dan kalau gembira wajahnya akan menjadi jernih
Dan kalau senyum jadi cantik seperti bulan purnama
4 golongan orang yang marah
1-Cepat marah dan cepat sejuk
2-Lambat marah dan lambat sejuk
3-Cepat marah tetapi lambat sejuk
4- Amat sukar marah dan cepat sejuk
No 1 dan 2 boleh lagi la..
No 3 tu dah kene g cek doktor la
No 4 itu lah akhlak nabi
Nabi hanya marah dalam perkara yang membabitkan hak Allah
Kemarahan nabi hanya akan berhenti sehingga seseorang itu berbuat taat atau berhenti daripada kezaliman yang dilakukan.
Tetapi kalau apa yang orang kafir buat pada nabi, perkara itu semua dimaafkan oleh nabi...
Marah bertempat akan menjadi alat pendidik yang bagus
Kalau dalam perkara dunia lebih baiklah beralah
Imam Malik
Sekiranya kita sudah sampai ke tahap berhujah dan org yang mendengar itu pula melawan dengan hujah lain,
maka sunat untuk kita bagi salam dan beredar
Takut2 dari nak mengajak kebaikan membawa kepada perkara buruk yang lain
والله أعلم
No comments:
Post a Comment