Tuesday, July 10, 2018

Baitul Qurro didatangi Alim ulama''



Semoga Allah Taala memberikan kepada kita 
Taufiq dan Hidayah 
untuk hadir dan bersama para solihin.

Mudah-mudahan pertemuan ini 
akan menjadi salah satu asbab 
untuk kita bersama para solihin 
di Akhirat kelak.

Baitul Qurro wal Fuqoha
Sungai udang Melaka.

Jom bersama para Solihin

Ittaqullah
wa Kunu Ma'as Sodiqin.

Sunday, June 24, 2018

Menolak Fahaman Anti Hadis

Do'a agar kita tetap istiqomah dalam memegang teguh agama islam yang sesuai dengan syari'at yang benar.



  • يامقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
    'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik'

    Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.”
    
[HR.Tirmidzi 3522, Ahmad 4/302, al-Hakim 1/525, Lihat Shohih Sunan Tirmidzi III no.2792]

  • يا مقــلـب لقــلــوب ثبــت قــلبـــي عــلى طـا عــتـك
    'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Ta'atik'

    Artinya: “Wahai Dzat yg membolak-balikan hati teguhkanlah hatiku diatas ketaatan kepadamu”
    [HR. Muslim (no. 2654)]

  • اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
    'Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Tho'atika'

    Artinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

  • رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
    'Rabbabaa Laa Tuzigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab'

    Artinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).”
    (QS. Ali Imran: 7)

Monday, June 11, 2018

🌸 🌸  Daurah Musim Panas (DAMSAS 6.0)  🌸 🌸 2018 KEMBALI LAGI !!

📅 Tarikh Daurah:
2 Minggu
18/07/2018 (Rabu) -> 31/07/2018 (Selasa)

🍃 Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zulkifli bin Ismail (Mudir Baitul Qurro Wal Fuqoha') 🍂
🍃Al-Fadhil Ustaz Shauqi bin Ismail (Mudir Sahatul Asywaqq) 🍂
🍃Ustaz Abdullah bin Haji Zulkifli (Beliau adalah pemegang Ijazah Qiraat Sab'ah dari Rubat Tareem) 🍂

📚 Kitab:
1⃣ Inilah Kitab Usuluddin (Tauhid)
2⃣ Risalah Jami'ah(Fiqh)
3⃣ Tahsin Qiraah AlFatihah.

💸 Yuran:
RM200.00
(Kitab, Makanan & Penginapan)

🏡 Tempat:
Baitul Qurro' Wal Fuqoha'
Payasum, Sungai Udang,
Melaka.

🕹 Koordinat:
2.271788, 102.149923

📝 Sila isi borang pendaftaran di  https://goo.gl/forms/ChtOsER7OhUCfb3a2

🚗 Bagi yang menggunakan kemudahan bas untuk ke Melaka/pondok Baitul Qurro', kemudahan kenderaan akan kami sediakan dari tempat-tempat berikut:

1) Melaka Central
2) Masjid (Ghaffar Baba)Sungai Udang

🚌 Cara menaiki kemudahan bas untuk ke pondok Baitul Qurro':

1) Alternative pertama

Dari Melaka Sentral, ambil bas tambang yang menuju ke kem terendak atau Masjid Tanah. Kemudian beri tahu pada driver bas untuk turun di Masjid Sungai Udang. Dari masjid, komiti akan ambil menggunakan kereta untuk ke pondok.

2) Alternative kedua

Bagi yang datang selain dari Melaka Sentral, ambil bas yang akan menuju ke Masjid Sungai Udang. Dari masjid, komiti akan ambil menggunakan kereta untuk ke pondok.

❓ sebarang pertanyaan sila hubungi/whatsapp:

📞 Muslimin:
👉🏻014-5370219
(Akif Rashdan)

📞 Muslimat:
👉🏻 +6018-293 7146
(Hamidah)

✏ Pendaftaran juga boleh dilaksanakan pada hari pertama daurah (18/07/2018)

DATELINE PENDAFTARAN ONLINE :
17/07/2018 (jam 11mlm)
Assalamualaikum wbt
Kepada mana-mana yang berminat untuk menyertai Daurah Musim Panas bersama Ustaz Zulkifli di Baitul Qurro wal Fuqaha inilah masa yang dinanti-nantikan.

Semoga sedikit mas yang kita luangkan ini akan menjadi benih ke arah melahirkan jiwa dan insan yang berakhlak mulia dan memahami hakikat diri seorang hamba.
Insya Allah.

Wednesday, May 30, 2018

Tuan Guru Syeikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki di baitul Qurro, Sungai Udang Melaka


Insya Allah sabtu ini, 2 Jun 2018, Syeikhuna Tuan Guru Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki akan hadir buat sekian kalinya ke Pondok Baitul Qurro.

Alhamdulillah dalam kesempatan bulan ramadhon Al-Mubarak yang mulia ini, Tuan guru dapat hadir sebanyak dua kali untuk menemui rakyat Melaka.

Jika ada rezeki dan kelapangan ayuh kita sama-sama untuk menghadiri dan mendekati orang-orang soleh semasa di dunia, mudah-mudahan kita akan bersama mereka di akhirat kelak.

Ittaqullah
wa kunu Ma'as sodiqin

Ya Allah berilah kami peluang untuk hidup bersama orang soleh di dunia dan di akhirat kelak.

Saturday, July 20, 2013

MBA or MASTER in academic

Bismillahirahmanirrahim...
Setelah beberapa hari mencari, tentang pengajian selepas Sarjana Muda ni, terdapat banyak perkara perlu diketahui supaya tidak tersilap langkah.
Drpd nak amek Muamalat, ke Psikologi Pendidikan, ke MBA.. semuanya ada kelebihan masing-masing.
Seronok dengar, baca dan melihat pengalaman mreka yang sedang dan telah berjaya..

Perjalanan perlu diteruskan,
Masa akan terus berlalu,

Hingga saat ini, masih terdapat beberapa perkara yang boleh difikirkan dan direnung, bahawa manusia ini tidak mempunyai ilmu melainkan sedikit..

Bila menyusun buku di rak petang tadi, memang bertambah pilihan yang perlu dilihat dan di timbang.

Moga-moga diberikan petunjuk dan kekuatan untuk membuat langkah yang seterusnya.

Wallahu 'Alam

Friday, July 19, 2013

MBA kah?

Bismillahirrohmanirrahim
Sedang mencari dan tercari-cari, What's next?
Ke manakah perjalanan selepas tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda.

Mungkin susah untuk memilih jalan yang seterusnya, dan akan menjadi lagi mencabar apabila bekerja sebagai Guru Bahasa Arab, menamatkan pengajian Pengurusan dalam Major kewangan.

Sekiranya mengambil MBA, sudah tentu detik masa untuk meninggalkan sekolah Arab akan bermula..
Sekiranya mengambil Islamic Studies, dok nampak USIM n UKM(jauh le pulak)

keutamaan pengajian seterusnya ialah:
1.komunikasi : supaya dapat berjumpa dengan pensyarah selalu
2.kos : perjalanan dan masa(murah dan efektif) UTEM baru 9km dr rumah
3.penguasaan : mesti mempunyai tahap kemampuan untuk mengajar dan mempraktikkan
4.kerjaya : ready to make a different

degree level yg berlalu memberikan asas, namun jelas dengan lompang di sana sini.

Semoga tidak lagi berada di tahap yang sama untuk perjalanan yang seterusnya.

Wassalam