Sunday, August 22, 2010

Kuliah Subuh 23 Ogos 2010

Bismillahhirrohmanirrahim
Arini dah belajar,
"Siapa yang baca bismillah sebelum melakukan sebarang pekerjaan
Allah akan ampunkan dosanya"

Senang je ye nak diampunkan dosa,
Ya Allah kurniakanlah aku kekuatan untuk amalkan ilmu yang aku perolehi
Ilmu ni ada 2 macam:
1-Ilmu Lisan(lidah)
2-Ilmu Qalbi(Hati)

Belajar banyak2, tapi x amalkan jadiklah ia ilmu yang pertama.
Kalau Allah tanya pada orang yang berilmu jenis ni, lagi berat hukumannya sebab dia mengetahui sedangkan dia tidak tunduk patuh pada ilmu itu, apatah lagi mengamalkannya
Mudah-mudahan ilmu yang dipelajari menjadi ilmu hati, bila mana akhlak dan perbuatan kita itu, lahir dari hati yang berilmu.
Tindak tanduk yang menjauhi larangan Allah,
yang mentaati perintah Allah,
yang rajin beribadat,
yang rajin berbuat kebaikan kepada ibu bapa..
Bila dah belajar barulah tahu macam mana kita boleh berbuat kebaikan,
rupa-rupanya semua tu, rahmat dari Allah semata-mata,
Allah yang bagi taufiq untuk berbuat amal kebaikan...

Kadangkala rasa malas nak buat pahala,
ternyata ianya punca daripada kita melakukan dosa,
maka Allah hukum dengan mengangkat nikmat taufiq,
tu yang rasa berat je bergerak nak buat pahala...

Di antara membuat perkara sunat
dan meninggalkan maksiat?
Para Ulama menegaskan, meninggalkan maksiat adalah jalan
yang lebih pantas dalam usaha mendekatkan
diri kepada Allah..
Tu la, kadang-kadang rasa semangat nak buat amalan sunat,
tapi rasa malas pula kadang-kadang,
barulah tahu taufiq dah kene tarik balik

Ya Allah Tunjukilah Kami Kebenaran,
Dan Rezekikanlah Kepada Kami Untuk Mengikutinya
Amin....

No comments:

Post a Comment